MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dikesan berlaku pada latitud 14.4 utara dan longitud 131.8 timur kira-kira 787 kilometer ke timur laut Samar Island, Filipina. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 8 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 14.4 utara dan longitud 131.8 timur kira-kira 787 kilometer ke timur laut Samar Island, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,780 km ke Timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan