Wanita warga emas hilang selepas keluar cari sayur di kebun sawit

Iklan
Operasi pencarian di lokasi wanita warga emas (gambar kecil) dilaporkan hilang.

JASIN - Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk mencari sayur di kawasan kebun sawit di Chabau di sini pada Selasa.

Mangsa dilaporkan keluar rumah sejak jam 2 petang dan tidak pulang sehingga malam, menyebabkan ahli keluarga menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan

Iklan
Iklan

Komander Operasi, PBK II Noorsyahlan Omar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.28 malam memaklumkan kehilangan mangsa.

Pasukan bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa.

Iklan

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin digerakkan ke lokasi bersama tujuh anggota, dibantu oleh tiga anggota polis serta penduduk kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dalam radius satu hingga dua kilometer di kawasan kebun sawit berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Katanya, operasi pencarian dijalankan sehingga jam 1 pagi namun mangsa masih belum ditemui.

Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 1 pagi dan disambung semula pada jam 8 pagi ini.