Gempa bumi kuat landa Leyte di Filipina, gegaran turut dirasai sekitar Sandakan

Iklan
Gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50km barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10km. Foto FB MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada jam 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50 kilometer (km) barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran itu untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan