2,000 pengunjung meriahkan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku
Iklan
Julina (tengah) bergambar bersama pengunjung yang menyertai program di Laman Bakti Komuniti Madani.
BATU PAHAT- Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi insiatif Kampung Angkat Madani (KAM) menganjurkan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku (Edisi Khas) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Medan dengan mengetengahkan pendekatan berbeza.
Program berkenaan menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk Mini Karnival Pendidikan, Mini Skillbox, Road to Varsity, BAKTI@Komuniti Madani dan Kenduri Rakyat Madani.
Iklan
Iklan
Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan berkata, inisiatif KAM bukan sahaja menekankan aspek pembangunan komuniti malah turut memberi tumpuan kepada pendidikan.
“Menerusi program ini, JAPEN berjaya melaksanakan dua projek fizikal berimpak tinggi seperti menaiktaraf bilik darjah kepada makmal komputer serta pemasangan ‘heli fan’ bagi keselesaan pelajar.
Iklan
“Saya sendiri meninjau fasiliti tersebut dan yakin ia dapat meningkatkan mutu pembelajaran,” katanya ketika ditemui pada Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku (Edisi Khas), di sini pada Isnin.
Turut hadir, Pengetua SMK Seri Medan, Masrom Rahmat dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Musa Atan.
Iklan
Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan acara berkenaan yang turut disertai pelajar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti setempat, jabatan serta agensi kerajaan Julina yang merupakan anak jati Seri Medan menambah, pemilihan kampung berkenaan sebagai lokasi pelaksanaan KAM cukup istimewa kerana ia dekat di hatinya.
“Memandangkan lokasi yang dipilih adalah di sekolah, jadi saya bawa elemen penambahan maklumat berkaitan hala tuju pelajar selepas tamat persekolahan supaya mereka tahu arah seterusnya.
“Dalam masa sama, kita juga menggabungkan elemen bakti yang dipelopori secara kerjasama dengan Komuniti Madani, iaitu salah satu badan sukarela diselaraskan JAPEN, melibatkan komuniti di Batu Pahat,” ujarnya.
Selain itu, katanya, JAPEN juga komited mempertingkat kemudahan masyarakat melalui projek pembinaan blok tambahan di Masjid Pekan Seri Medan yang kini dalam fasa awal kerja tapak dan reka bentuk.
“Bagi Kampung Madani, dua projek utama dijalankan iaitu projek pendidikan di SMK Seri Medan dan projek komuniti melalui pembinaan bangunan tambahan di masjid. Ia dijangka siap hujung tahun ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>