PM gemar usik rakyat, ambil telefon jadi bahan gurauan

Iklan
Gelagat Anwar yang gemar mengambil telefon bimbit orang ramai secara berseloroh nyata mencuit hati.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai gaya tersendiri dalam menyantuni rakyat.

Gelagat beliau yang gemar mengambil telefon bimbit orang ramai secara berseloroh ketika menghadiri pelbagai program nyata mencuit hati dan mencerminkan sisi santai seorang pemimpin nombor satu negara.

Iklan
Iklan

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan Ahli Parlimen Tambun itu dengan selamba 'merampas' telefon bimbit individu yang sibuk merakamkan momen bersama beliau.

Reaksi spontan orang ramai yang terkejut bercampur terhibur menjadikan suasana lebih mesra dan ceria.

Iklan

Tindakan bersahaja itu memecahkan protokol rasmi, malah membuatkan rakyat yang hadir terasa lebih dekat dengan Perdana Menteri.

Gaya santai Anwar menunjukkan beliau pemimpin yang mudah didekati dan menghiburkan hati rakyat.

Iklan

Bagi segelintir warga maya, gaya santai Anwar menunjukkan beliau bukan sahaja pemimpin yang serius menguruskan negara, tetapi seorang yang mudah didekati dan tahu menghiburkan hati rakyat.

Sikap suka mengusik itu juga bukan kali pertama dipamerkan, malah dalam beberapa majlis rasmi, Perdana Menteri dilihat mengajuk gaya orang ramai ketika berswafoto selain melayan permintaan bergambar dengan penuh mesra.

Gelagat santai itu nyata memberi sentuhan berbeza pada setiap majlis yang dihadirinya, sekali gus mengukuhkan imej beliau sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat.