'Alhamdulillah, rasmi kami masuk zon kuning' - Heliza

Iklan
Tangkap layar hantaran Heliza di Thread pada Isnin.

SHAH ALAM - Kapal flotilla yang dinaiki penyanyi, Heliza Helmi telah memasuki kawasan zon kuning bersama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang lain menuju ke Gaza pada Isnin.

Perkembangan berkenaan dimaklumkan menerusi perkongsian aktivis itu di platform Thread.

Iklan
Iklan

Heliza berkata, konvoi misi kemanusiaan itu dijangka akan masuk ke kawasan zon merah Gaza pada Khamis ini.

"Bismillah, Alhamdulillah secara rasminya kita telah pun memasuki zone kuning. Insya-ALLAH biiznillah hari khamis berkemungkinan masuk zon merah. Doakan," katanya menerusi hantaran pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, tinjauan 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker' pada jam 11.48 malam Isnin mendapati, sebanyak 43 kapal flotilla telah memasuki zon kuning setakat ini.

Manakala, tiga lagi kapal flotilla iaitu kapal Taigete, Marinette dan Spectre masih lagi berada di luar kawasan zon tersebut.

Iklan

Sebelum ini, konvoi misi GSF dilihat mula memasuki kawasan zon kuning menghampiri Gaza jam 9.40 malam pada Isnin.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.