SEREMBAN - Kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson kini selamat dimakan selepas kandungan biotoksin pada sampel yang diambil pada 17 September lepas berada di bawah paras 800 per bilion (ppb), kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.
Beliau berkata, pengusaha serta penternak kupang sistem pancang dan panggar di kawasan perairan dari Sungai Sekawang ke Kampung Telok di Pasir Panjang juga dibenar menjalankan aktiviti pengambilan, mengutip, mengeluar dan menuai kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta.