Selena Gomez kahwini penerbit Benny Blanco

Iklan
Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.

PELAKON dan penyanyi Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Gomez mengumumkan berita gembira itu dengan berkongsi gambar Polaroid dan klip video pendek dari perkahwinan itu di Instagram, dengan kapsyen ringkas bertulis tarikh"9.27.25".

Iklan
Iklan

Antara 170 tetamu yang hadir di majlis itu ialah bintang pop dan sahabat baik Gomez, Taylor Swift, penyanyi dan penulis lagu British, Ed Sheeran, sosialit Paris Hilton, dan bintang ‘Only Murders’, Steve Martin dan Martin Short.

Majalah fesyen Vogue melaporkan bahawa pasangan itu mengenakan pakaian daripada Ralph Lauren.

Iklan

Blanco, 37, dan Gomez, 33, sudah saling mengenali sejak 2015, apabila mereka bekerjasama dalam beberapa projek termasuk single Gomez, ‘Same Old Love’ dan ‘Kill Em with Kindness’. Namun hubungan mereka hanya bermula pada 2023.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan pada Disember 2024.

Iklan

Mereka menerbitkan album kolaboratif pertama berjudul 'I Said I Love You First', Mac lalu. - Awani