KAJANG - Pemandu lori yang ditahan berkaitan kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk) sehingga meragut nyawa seorang bayi lelaki pada Sabtu direman dua hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 42 tahun itu sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan.