Syria keluarkan waran tangkap terhadap Bashar Al-Assad

Iklan
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Bashar al-Assad pada Sabtu atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011.

DAMSYIK - Waran tangkap telah dikeluarkan secara in absentia terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad pada Sabtu atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Hakim Penyiasat di Damsyik, Tawfiq al-Ali berkata, waran tangkap itu merangkumi pertuduhan pembunuhan terancang, penyeksaan sehingga membawa kepada kematian dan penafian kebebasan.

Iklan
Iklan

Keputusan kehakiman itu membuka ruang untuk menyebarkan waran tersebut melalui Organisasi Polis Antarabangsa (Interpol) dan membawa kes tersebut ke peringkat antarabangsa.

Langkah tersebut diambil sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga mangsa di Daraa berhubung insiden yang berlaku pada 23 November 2011.

Iklan

 

 

Iklan