Narwal lancar tiga produk pembersihan pintar baharu

Iklan
Dari kiri: Naib Presiden APAC,Frank Cheng; Ketua Jenama Global, Icey Bin; Ketua Asia Tenggara, Nora Lu bersama tiga produk pembersihan pintar terbaharu keluaran Narval pada Jumaat. Foto: Rosli Talib

Perkenal Freo Flow, Freo X10 Pro dan S30 di Malaysia, harga bermula RM1,699

SHAH ALAM – Narwal peneraju teknologi pembersihan rumah melancarkan tiga produk baharu untuk pilihan pengguna di negara ini.

Tiga produk itu ialah Narwal Freo Flow, Narwal Freo X10 Pro dan Narwal S30 Wet & Dry Vacuum Cleaner.

Iklan
Iklan

Ketua Jenama Global Narwal, Icey Bin berkata, syarikat itu berpegang kepada falsafah pembersihan yang mendalam.

“Pembersihan bukan sekadar buang habuk tetapi meningkatkan kualiti hidup,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu pada Jumaat.

Iklan

Narwal mula dikenali sejak 2019 apabila mencipta sejarah dengan memperkenalkan robot mop pencuci automatik pertama di dunia sekali gus membuka era baharu industri pembersihan pintar.

Kini jenama itu sudah bertapak di lebih 30 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan Asia selain terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama premium dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan reka bentuk.

Iklan

Difahamkan Narwal Freo Flow menjadi tumpuan dengan kuasa sedutan 22,000 Pa serta stesen dok pintar yang boleh mencuci, mengering dan menyimpan habuk sehingga 120 hari.

Narwal Freo X10 Pro hadir dengan sedutan 11,000 Pa, berus anti-kusut dan teknologi EdgeReach serta EdgeSwing untuk membersihkan sudut.

Manakala Narwal S30 pula direka untuk gaya hidup pantas, menggabungkan vakum dan mop dengan kuasa 20,000 Pa serta sistem Cut & Comb.

Harga rasmi ditetapkan RM5,499 (Freo Flow), RM2,699 (X10 Pro) dan RM1,699 (S30). Produk boleh didapati di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan Aihome.

Pra-jualan bermula 26 September hingga 12 Oktober dengan diskaun sehingga RM400 serta hadiah percuma.

Maklumat lanjut di https://my.narwal.com