KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard sehingga menyebabkan seorang murid Tahun Tiga maut akibat terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pagi Sabtu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan tiada sebarang kompromi terhadap aspek melibatkan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.