JPNS diarah segera siasat murid 9 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan

Iklan
KPM mengarahkan JPNS menyiasat segera kejadian menimpa murid sembilan tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat segera kejadian menimpa murid sembilan tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.

Ketua Pengarah KPM, Dr Mohd Azam Ahmad dalam kenyataan berkata, KPM mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

"KPM menzahirkan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan seperti yang dilaporkan media pada pada Sabtu.

"Kejadian ini sangat mendukacitakan. JPNS diarah untuk menyiasat segera kejadian ini...tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard," katanya.

Iklan

Beliau berkata, KPM memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.

Media pada Sabtu melaporkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini.

Iklan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 11 pagi Sabtu.