Kanak-kanak cedera parah digigit tikus gergasi

Iklan
Rakaman video menunjukkan seekor tikus sebesar kucing merayap di dalam bilik sebelum berjaya ditangkap dan dibunuh.

LE HAVRE, PERANCIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami kecederaan parah selepas seekor tikus besar menggigit sebahagian telinganya dalam kejadian di sebuah flat perumahan awam di bandar Le Havre, Normandy, pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Ismael ditemui oleh ibu bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan dipenuhi najis tikus.

Iklan
Iklan

Rakaman video mengerikan menunjukkan percikan darah di atas katil kecilnya, manakala rakaman lain memperlihatkan kanak-kanak itu terbaring dengan luka berdarah di seluruh badan.

Menurut laporan media tempatan, Ismael kaku ketakutan dan tidak menjerit ketika serangan awal berlaku.

Iklan

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius pada telinga, muka dan tangan.

Ibunya, Amel berkata, anaknya turut mengalami lebam, melecet di tangan serta bahagian mata.

Iklan
Keadaan bilik Ismael yang dipenuhi percikan darah.

"Saya tidak sanggup membayangkan bagaimana keadaan waktu saya menemui anak dalam keadaan seperti itu," katanya.

Selepas kejadian, bapanya memasang kamera dalam bilik tidur anaknya.

Tidak lama kemudian, mereka merakam seekor tikus sebesar kucing merayap di dalam bilik sebelum berjaya ditangkap dan dibunuh.

Ismael kini masih kritikal di hospital dengan jangkitan serius pada tisu tangannya.

Doktor sedang mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan cantuman kulit atau pembinaan semula telinga.

Walaupun keluarga mangsa kini ditempatkan sementara di sebuah hotel, penduduk setempat melahirkan kemarahan kerana isu tikus di kawasan itu sudah lama dibangkitkan.

Seorang penduduk berkata, mereka melihat tikus berkeliaran walaupun pada waktu siang, di beranda dan lorong. Ada yang masuk ke dalam rumah sebaik sahaja pintu dibuka.

Seorang lagi saksi yang rapat dengan keluarga mangsa mendakwa beberapa aduan telah dibuat sejak beberapa bulan lalu, namun tiada tindakan diambil.

"Pemilik bangunan tahu keadaan flat ini usang. Masalah ini sudah lama dilaporkan, tapi tiada penyelesaian," katanya.