Sumud Nusantara berdepan risiko kapal dirampas komando rejim - Ahmad Musa

Iklan
Hantaran Ahmad Musa yang memetik laporan Saluran 12 pada Jumaat.

SHAH ALAM – Kapal-kapal Global Sumud Nusantara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka berdepan tindakan keras rejim termasuk kemungkinan kapal dirampas unit komando laut Shayetet 13.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang memetik laporan Saluran 12 bahawa semua kapal pasukan terbabit berkemungkinan akan dirampas.

Iklan
Iklan

"Anggota unit komando laut ‘Shayetet 13’ akan merampas semua bot yang terlibat, kemudian semua aktivis akan dipindahkan ke sebuah kapal besar untuk dikawal secara berkumpulan ke pelabuhan Ashdod.

"Buat pertama kalinya, sebuah kapal besar yang dilengkapi sel tahanan, sekali gus menjadikannya penjara terapung. Sesiapa yang enggan pulang secara sukarela ke negara asal mereka akan ditangkap lebih lama," kongsi Ahmad Musa dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, GSF menyatakan bahawa mereka akan meneruskan usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza meskipun terdapat laporan bahawa Israel mungkin melancarkan serangan ganas terhadap flotilla tersebut dalam tempoh 48 jam akan datang.

Menurutnya, laporan itu turut menyatakan bot-bot dinaiki aktivis selepas dikosongkan penumpang, maka bot tersebut sama ada akan dirampas atau ditenggelamkan.

Iklan

Justeru, Ahmad Musa menyerahkan sepenuhnya segala urusan misi berkenaan kepada ALLAH SWT sambil memohon doa seluruh rakyat Malaysia.

"Teruskan bercakap tentang G! Mohon doa semua," katanya dalam hantaran terbaharu.