OKU lemas, kerusi roda jatuh ke dalam parit

Iklan
Seorang lelaki OKU ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Jalan Labu Kubong, Kampung Cenderong Balai pada Jumaat. Foto JBPM Perak

TELUK INTAN - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Jalan Labu Kubong, Kampung Cenderong Balai di sini pada Jumaat.

Mangsa, Mohd Zaidi Omar, 48, yang mengalami lumpuh sebelah kiri badan dan menggunakan kerusi roda, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan
Mangsa, Mohd Zaidi Omar, 48, yang mengalami lumpuh sebelah kiri badan dan menggunakan kerusi roda, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto JBPM Perak

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada jam 8.02 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT dan unit EMRS.

Iklan

"Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah jatuh ke dalam parit.

"Ketua operasi mengarahkan anggota memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) penyelamatan sebelum menjalankan operasi mengangkat mangsa dari parit," katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.45 pagi," katanya.