Bapa saudara ditemui mati selepas pukul kanak-kanak guna tukul

Iklan
Lokasi mayat suspek ditemukan di Pantai Melawi di Bachok. - Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

Mayat dijumpai di sebatang pokok ru ditepi pantai sejauh enam kilometer dari tempat kejadian pukul

BACHOK – Seorang penganggur ditemukan mati pada sebatang pokok selepas dipercayai memukul anak saudaranya dengan tukul hingga parah dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mayat suspek berusia 46 tahun ditemui pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang kanak-kanak cedera parah akibat dipukul.

Mayat suspek yang dibawa dengan kenderaan polis. - Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

Iklan

“Mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah di sebuah rumah kedai.

“Siasatan mendapati suspek dijumpai mati pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Sebelum ini, dalam kejadian terbabit, mangsa dipercayai dipukul di sebuah rumah kedai yang merupakan tempat tinggal suspek.

“Suspek dipercayai memukul bahagian kepala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun dengan tukul.

“Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerima rawatan,” katanya.