Penganjur nafi caj RM200 bebankan peniaga Pantai Puteri
Iklan
Mohd Yusni ketika sidang akhbar di Pantai Puteri di sini lewat malam Rabu.
MELAKA – Caj bulanan RM200 yang dikenakan penganjur kepada peniaga di tapak sementara Puteri Walk, Pantai Puteri di sini bukan bertujuan membebankan sebaliknya untuk menampung kos penyediaan kemudahan dan pemasaran tidak termasuk  utiliti.
Wakil penganjur, Mohd Yusni Md Yunus, berkata, bayaran tersebut merangkumi kemudahan asas seperti lampu, kebersihan dan kawalan keselamatan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Iklan
Iklan
Menurutnya, draf awal menyediakan 74 tapak dan majoriti peniaga asal bersetuju berpindah sementara ke Puteri Walk berikutan kerja-kerja tambakan laut yang sedang dijalankan.
“Cadangan ini telah dibincangkan bersama persatuan peniaga, malah MBMB turut menyarankan penyediaan tapak 10 x 10 kaki menggunakan khemah.
Iklan
"Namun terkilan kerana saranan itu kurang mendapat sambutan," katanya ketika sidang akhbar di Pantai Puteri di sini lewat malam Rabu.
Jelasnya, usaha ini juga bertepatan dengan hasrat wakil rakyat kawasan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi untuk memastikan peniaga asal terus berniaga walaupun secara sementara.
Iklan
Ujarnya, sesi penerangan dan temuduga telah diadakan sebelum proses pemindahan bermula 9 September lalu, namun sebahagian kecil peniaga enggan berpindah kerana telah selesa di tapak lama tanpa bayaran sewa atau lesen.
"MBMB juga telah beritahu tapak ini hanya sementara untuk dua tahun sahaja, selepas projek tambakan pasir selesai lokasi lebih selesa dan kekal akan disediakan kepada mereka," katanya.
Tambahnya, penganjur turut memohon kebenaran MBMB untuk peniaga makanan berat seperti asam pedas menggunakan kabin, dengan syarat kebersihan dan susun atur dipatuhi.
"Setakat ini daripada lebih 100 peniaga, sekitar 70 peratus sudah bersetuju dan sebahagiannya telah mendaftar.
"Ada juga peniaga baharu yang berminat tetapi tapak masih terhad dan kita akan utamakan peniaga lama," katanya lagi.
Baru-baru ini Persatuan Peniaga Pantai Puteri Melaka (PPPPM) berharap agar proses perpindahan peniaga ke tapak sementara dan pemilihan penganjur projek Puteri Walk dilakukan secara lebih telus serta melibatkan perbincangan bersama.
Pengerusinya, Mohd Nizam Ithnin berkata, peniaga tidak menolak cadangan perpindahan kerana memahami keperluan projek ini demi keselamatan dan kelestarian kawasan pantai yang sedang dilakukan kerja-kerja penambakan laut.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.