KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak, berkuat kuasa sehingga jam 9 pagi pada Khamis.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 6 pagi itu merangkumi kawasan berikut:
Kedah: Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
Pulau Pinang
Perak: Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak
Selangor: Sabak Bernam dan Kuala Selangor
Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin
Melaka
Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian
Sarawak: Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Kapit (Song)
Menurut MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan hanya sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan elektrik akibat angin kencang dan hujan lebat.
Aktiviti luar dan perjalanan di kawasan terjejas juga disarankan ditangguhkan sementara waktu.
Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh merujuk laman rasmi MetMalaysia atau saluran media sosial jabatan tersebut. - Awani