Stor MDMA diserbu, dadah RM1.1 juta dirampas
Iklan
Antara barang yang dirampas dalam serbuan di sekitar George Town.
GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah stor pembungkusan dan penyimpanan dadah jenis serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan rampasan seberat 7,130.40 gram bernilai kira-kira RM1.1 juta dalam beberapa serbuan di sekitar bandar ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, operasi itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri pada 22 September lalu, kira-kira jam 9 malam hingga 9 pagi keesokan harinya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam serbuan tersebut polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 33 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini.
“JSJN telah melakukan empat serbuan di sekitar George Town dan hasilnya berjaya membongkar stor pembungkusan serta penyimpanan dadah jenis MDMA.
Iklan
"Rampasan membabitkan enam peket plastik berwarna hitam mengandungi 69.4 gram serbuk disyaki MDMA.
“Selain itu, polis turut menemui tiga beg plastik bertulis Chagee yang mengandungi 225 peket serbuk MDMA dengan berat 2,901 gram, serta tiga botol plastik berpenutup berisi 4,160 gram serbuk yang sama,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Iklan
Azizee menambah, rampasan keseluruhan berjumlah 7,130.40 gram dadah itu boleh digunakan oleh 50,000 orang atau 50,000 kali penggunaan.
Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada tangkapan positif dadah jenis amphetamine, manakala tiga lagi negatif.
"Semakan lanjut mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.
“Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula 23 hingga 27 September bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Beliau berkata, polis turut melaksanakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita lima buah kenderaan dan beberapa barang kemas bernilai RM417,325.
"Antara harta yang disita ialah sebuah kereta Lexus bernilai RM245,000; dua buah Perodua Myvi (RM103,000), sebuah Toyota Altis (RM45,000), sebuah motosikal Honda RS (RM4,200) serta barangan kemas seperti rantai leher, loket, cincin dan ketulan emas bernilai RM20,125.
“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM1.56 juta," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>