Masjid tahfiz pertama dibina di Pulau Buih

Iklan
Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, Kangkong memerlukan dana sebanyak RM13.7 juta bagi menampung kos pembinaan.

PASIR MAS - Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, Kangkong di sini yang bakal menjadi masjid tahfiz pertama memerlukan dana sebanyak RM13.7 juta bagi menampung kos pembinaan sehingga siap sepenuhnya.

Pengerusinya, Zulta Ayub Daud berkata, projek itu akan dibangunkan sebagai kompleks lengkap yang mampu memuatkan sehingga 600 jemaah pada satu-satu masa.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, setakat ini pihak pengurusan telah menerima infaq sebanyak RM2.2 juta daripada orang ramai untuk tujuan pembinaan.

“Namun jumlah itu masih jauh daripada kos keseluruhan yang diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut beliau, selain masjid, kemudahan lain yang akan dibangunkan termasuk kuarters, parkir, tandas, padang, dataran, dewan makan, dewan terbuka, pendawaian elektrik, sistem pembesar suara serta tempat wuduk.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar bersama-sama membantu merealisasikan pembinaan masjid tahfiz berkenaan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam 03120010014936 (Masjid Tahfiz Al-Ayubi) atau menghubungi talian 012-9519426.

Iklan