Bumbung tercabut: Penduduk PPR Seri Cempaka terjejas terima bantuan awal

Iklan
Dr Zaliha (empat dari kanan) menyerahkan sumbang tunai RM1,000 kepada salah seorang penerima yang terjejas akibat kejadian bumbung tercabut di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turun padang meninjau keadaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam yang terjejas akibat kejadian bumbung tercabut Isnin lalu.

Beliau turut diiringi Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin semasa lawatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, sembilan unit kediaman dilaporkan rosak dengan lima daripadanya mengalami kerosakan serius manakala selebihnya hanya kerosakan kecil.

Sebagai langkah segera, empat keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Komuniti Lembah Pantai.

Iklan

Kesemua lima keluarga yang rumahnya terjejas teruk menerima sumbangan tunai RM1,000 dan ditawarkan penempatan di Rumah Transit DBKL.

Menurut DBKL, bagi kediaman yang mengalami kerosakan kecil pula, pihak berkuasa tempatan itu akan membantu dengan kerja-kerja pembaikan segera.

Iklan

"Selain kediaman, sebanyak 25 kenderaan penduduk turut dilaporkan rosak selepas dihempap serpihan bumbung," menurut DBKL dalam satu kenyataan.

Tambah DBKL, pihaknya bersama Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan kebajikan penduduk terjamin dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).