Cemburu isteri selalu ke pusat hiburan, suami cekik hingga maut

Iklan
Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah sewa di Kebon Jeruk, Jakarta Barat, dengan mencekik mangsa menggunakan tali beg.

JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah sewa di Kebon Jeruk, Jakarta Barat dengan mencekik mangsa menggunakan tali beg.

Menurut laporan Tribunnews, mangsa, seorang wanita berusia 49 tahun dikenali sebagai S, ditemui maut di dalam rumah tersebut oleh anaknya di ruang tamu.

Iklan
Iklan

"Di tempat kejadian, polis menemukan seutas tali yang dipercayai digunakan pelaku untuk menamatkan hayat mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polsek Kebon Jeruk, AKP Ganda Jaya Sibarani.

Katanya, siasatan awal mendapati wujud unsur kecemburuan dalam rumah tangga pasangan itu, malah tidak menolak kemungkinan wujud motif perselingkuhan.

Iklan

“Buat masa ini, siasatan mendapati ada tuduhan mangsa terlibat dalam perselingkuhan. Namun, kami masih melakukan pemeriksaan lanjut dan membuat semakan silang terhadap maklumat berkenaan,” tambahnya.

Seorang jiran, Sumarni, 51 tahun, memaklumkan bahawa sebelum kejadian, suspek yang dikenali sebagai W ada berkongsi masalah rumah tangganya.

Iklan

“Dia pernah bercerita, katanya akhir-akhir ini dia sering memikirkan isterinya. Saya rasa dia cemburu dengan perubahan sikap isterinya yang sering keluar rumah untuk pergi ke tempat hiburan, berkaraoke,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Sumarni, jiran sekitar mendakwa tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran antara pasangan tersebut sebelum kejadian berlaku.

Sumarni turut menyatakan bahawa pasangan itu sudah tinggal di rumah sewa tersebut sejak setahun lalu.

Namun begitu, dia mengakui bahawa pelaku memang mempunyai sikap yang agak kasar.

Kes tersebut mengejutkan penduduk setempat yang tidak menyangka rumah tangga pasangan berkenaan berakhir dengan tragedi berdarah.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan.