Kerajaan tidak hadkan pembelian RON95 sekali sehari - MoF

Iklan
Kementerian Kewangan menafikan dakwaan kononnya pembelian RON95 dihadkan sekali sehari. Foto hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan tidak menghadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari seperti yang dilaporkan beberapa artikel media.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya merujuk beberapa laporan berkenaan yang tidak tepat mengenai pembelian RON95.

Iklan
Iklan

"MoF ingin menjelaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.

"Walaupun kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, Budi Madani RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi," kata kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Tambah kenyataan itu, justeru had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95 yang berkuat kuasa 30 September ini.

Iklan

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna yang layak selain mengelakkan ketirisan.