Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua beri keterangan
Iklan
Seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir selesai memberi keterangan pada Selasa dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini.
KOTA KINABALU - Seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir selesai memberi keterangan pada Selasa dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini.
Pelajar itu, yang merupakan saksi kanak-kanak pertama dipanggil pada prosiding inkues itu, mula memberi keterangan semalam dan selesai memberi keterangan pada jam 3.30 petang ini.
Iklan
Iklan
Mahkamah kemudian mendengar keterangan saksi kanak-kanak kedua pada prosiding bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu yang kini memasuki hari ke-12.
Saksi berkenaan, yang memberi keterangan secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan didampingi ibunya pada jam 4 petang tadi, akan menyambung keterangan esok.
Iklan
Seramai 35 saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan.
Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dalam prosiding itu yang bermula pada 3 Sept lepas manakala 25 lagi dijadual dipanggil pada sesi akan datang.
Iklan
Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak, petugas media dilarang berada di dalam mahkamah semasa prosiding secara tertutup bagi melindungi saksi tersebut.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis.
Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>