Kelantan, Sabah catat tahap celik kewangan terendah - KWSP
Iklan
Rahmat memberikan penerangan semasa Majlis Libat Urus Bersama Media di Kota Bharu pada Selasa.
KOTA BHARU - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan rakyat di Kelantan dan Sabah mencatatkan tahap celik kewangan terendah berbanding negeri lain.
Pengarah Wilayah Timur KWSP, Rahmat Ali berkata, berdasarkan bancian pada tahun 2022 mendapati dua negeri ini hanya mencatatkan sekitar 15 hingga 16 peratus.
Iklan
Iklan
"Berbanding negeri yang kaya seperti Kuala Lumpur sekitar 41 peratus ke atas.
"Kita tidak ambil semua tapi keputusan itu berdasarkan respons yang diberikan oleh koresponden terpilih," katanya ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus Bersama Media di sini pada Selasa.
Iklan
Menurut beliau, bancian dibuat berdasarkan soalan yang menguji tahap kefahaman kewangan termasuk cara mereka menyimpan keuntungan hasil perniagaan.
Ujar Rahmat, antara soalan yang dikemukakan melibatkan pemilihan tempat simpanan kewangan sama ada disimpan di rumah, bank atau dalam bentuk pelaburan berisiko rendah.
Iklan
"Jika mereka celik kewangan sudah tentu mereka tahu di mana sumber yang memberikan pulangan tinggi seperti Tabung Haji, KWSP atau sebagainya.
"Berdasarkan jawapan ini koresponden akan dinilai celik kewangan atau pun tidak," katanya.
Dalam perkembangan sama, Rahmat memberitahu, antara langkah yang diambil oleh KWSP dalam memastikan masyarakat celik kewangan ialah dengan fokus kepada pusat pengajian tinggi terutama mereka yang akan tamat pengajian.
Menurut beliau, penting untuk golongan ini tahu persiapan untuk masuk ke alam pekerjaan selain daripada mereka yang bekerja sendiri, petani, nelayan dan sebagainya.
Ujarnya, mereka perlu diberikan kesedaran, oleh itu pihaknya memerlukan bantuan agensi kerajaan, media untuk membuat hebahan tentang kepentingan menyimpan di KWSP.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>