Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

Iklan
Pelawak terkenal, Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka apabila bapanya, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada malam Isnin.

PELAWAK terkenal, Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka apabila bapanya, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada malam Isnin.

Berita pemergian itu dimaklumkan sendiri Amir menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Iklan
Iklan

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian. Apa-apa urusan akan saya maklumkan semula di sini. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli syurga. Aamiin,” tulisnya.

Menurut Amir, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 9 pagi di Masjid Desa Rahmat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian untuk dikebumikan.

Iklan

Amir turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.

“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan al-Fatihah buat arwah abah saya,” ujarnya.

Iklan

Difahamkan, pada pertengahan Julai lalu Amir pernah memaklumkan bahawa bapanya menghidap kanser usus dan keadaan kesihatan Allahyarham semakin uzur sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam.