Remaja dibunuh kekasih berstatus suami orang selepas minta iPhone

Iklan
Suspek ditahan atas tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 15 tahun kerana pertengkaran tentang iPhone. Foto Agensi

LAMPUNG TENGAH – Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki membunuh teman wanitanya yang masih bersekolah menengah akibat pertengkaran berkaitan sebuah telefon pintar iPhone.

Ketua Polis Lampung Tengah, AKBP Alsyahendra berkata, suspek dikenali sebagai S, yang berstatus suami orang, dipercayai membunuh mangsa berusia 15 tahun dikenali sebagai A, pada 15 September 2025.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku selepas mangsa meminta sebuah iPhone bernilai 8 juta rupiah (RM2,000).

Namun, suspek hanya mampu memberikan wang 3 juta rupiah (RM750), menyebabkan mangsa marah lalu membaling wang itu ke wajahnya.

Iklan

Pertengkaran memuncak sehingga suspek mengambil sebatang kayu dan memukul mangsa hingga tidak sedarkan diri.

Mayat mangsa kemudian ditemukan di sungai Kampung Gunung Batin Udik, Daerah Terusan Nunyai, Lampung Tengah.

Iklan

Menurut polis, selepas kejadian, suspek menyesali tindakannya dan cuba mengakhiri hidup dengan menelan racun, namun berjaya diselamatkan ahli keluarga sebelum dibawa ke hospital.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk motif sebenar serta kronologi penuh kes ini,” kata Alsyahendra.