KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang lemas di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Sarawak, semalam.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan di sini, petang Isnin.