Polis buru pemandu kereta pukul lelaki dengan kayu di Dengkil

Iklan
Video tular memaparkan seorang pemandu kereta memukul seorang lelaki di Dengkil.

KUALA LANGAT – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak memukul seorang lelaki dengan sebatang kayu di kawasan Lebuhraya susur keluar Dengkil arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Dengkil, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, rakaman video yang memaparkan kejadian berkenaan tular pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu lori membunyikan hon ke arah kereta suspek yang keluar dari susur jalan secara meluru hingga memasuki laluan kenderaan yang dipandu pengadu.

"Mangsa sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan suspek sebelum kedua-dua kenderaan berhenti," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mohd Akmalrizal berkata, ketika mangsa menghampiri suspek untuk berbincang, lelaki berkenaan tiba-tiba mengambil sebatang kayu dari dalam kereta lalu memukul lengan kiri mangsa.

"Mangsa cuba mendekati suspek namun suspek mengundur sebelum mangsa kembali ke lori untuk mengambil telefon bimbit bagi merakam gambar suspek," katanya.

Iklan

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diharap tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222," ujarnya.