Bella Hadid jalani rawatan di hospital akibat penyakit Lyme kronik

Iklan
Bella Hadid (kiri) dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit Lyme yang telah lama dihidapinya sejak usia 16 tahun. -Gambar fail/IG @yolanda.hadid

NEW YORK - Supermodel antarabangsa, Bella Hadid, 28, dimasukkan ke hospital baru-baru ini berikutan komplikasi penyakit Lyme yang telah lama dihidapinya, menurut kenyataan ibunya, Yolanda Hadid, menerusi media sosial.

Yolanda, bekas model dan bintang rancangan Real Housewives of Beverly Hills, menyifatkan perjuangan anaknya sebagai berani dan tidak mengenal putus asa meskipun berdepan protokol rawatan yang sering gagal dan pelbagai kemunduran kesihatan.

Iklan
Iklan

Bella, yang didiagnosis dengan penyakit Lyme pada usia 16 tahun, telah berkongsi perjalanan kesihatannya secara terbuka di Instagram, termasuk gambar-gambar terbaharu beliau di hospital dengan tiub IV dan wajah yang kelihatan letih.

Penyakit Lyme, yang berpunca daripada gigitan kutu yang membawa bakteria Borrelia burgdorferi, boleh menyebabkan simptom seperti keletihan melampau, sakit sendi, kabur fikiran dan kebimbangan.

Iklan

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegelapan, kesakitan, dan keperitan yang kamu lalui sejak diagnosis pada 2013.

"Kamu tidak dapat jalani kehidupan, kamu belajar untuk wujud dalam penjara otak kamu yang lumpuh,” tulis Yolanda dalam satu hantaran penuh emosi.

Iklan

Bella Hadid, yang juga pengasas jenama Orebella, sebelum ini berkata dia akhirnya sihat selepas menjalani lebih 100 hari rawatan intensif pada tahun 2023.

Namun, kemasukan ke hospital baru-baru ini menunjukkan bahawa penyakit tersebut masih memberi kesan besar terhadap kehidupannya.

Yolanda turut menyatakan harapan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan komuniti Lyme apabila keputusan makmal menunjukkan kemajuan.

“Kami akan terus berjuang untuk hari yang lebih baik, bersama-sama,” katanya.