Ulat teksi KLIA ditahan tipu tambang pelancong

Iklan
JPJ menahan pemandu dan kenderaan yang dipercayai menipu tambang perjalanan warga asing.

PUTRAJAYA- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya menahan seorang pemandu yang dipercayai menipu tambang perjalanan warga asing.

Perkara itu dikongsikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Jelasnya, penahanan itu dibuat selepas sepasukan operasi samaran dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dua hari lalu tular mengenai seorang pelancong asing yang ditipu oleh 'ulat' di KLIA Terminal 2 dengan tawaran asal RM60 tetapi dipaksa bayar RM800 sebelum turun kereta, saya telah mengarahkan JPJ untuk menjejaki kenderaan tersebut.

Iklan

"Semalam (Ahad), selepas operasi samaran di KLIA, JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya," katanya.

Ujar Anthony, kereta tersebut telah disita serta-merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ. Kementerian tidak akan berkompromi dengan 'ulat-ulat' yang merosakkan imej negara," katanya.