[VIDEO] Restoran mi segera 'mini zoo' berbau busuk, pamer alpaka diserbu MBMB
Iklan
MELAKA – Restoran mi segera yang tular kerana mempamerkan seekor alpaka dan berbau hamis haiwan di Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa di sini, akhirnya digempur penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam operasi tengah malam Isnin.
Serbuan jam 12 tengah malam yang diketuai Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman telah mengarahkan pemilik berusia 31 tahun dan berstatus penduduk tetap (PR) menutup restoran itu selama tujuh hari untuk kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.
Iklan
Iklan
Seorang pekerja lelaki (kanan) menunjukkan 'mini zoo' di tingkat atas premis terbabit.
Shadan berkata, selain arahan penutupan, pemiliknya yang merupakan warga Singapura itu turut dikenakan kompaun RM10,250, iaitu RM10,000 di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001 dan RM250 kerana melanggar Undang-undang Kecil Petempatan Makanan (MBMB) 2020.
Iklan
Alpaka jantan yang tular di media sosial selepas dipamerkan dibahagian depan restoran itu.
Menurut beliau, tindakan tegas dan drastik itu diambil selepas pihaknya menerima aduan mengenai restoran yang mempamerkan haiwan spesies unta itu dalam premis makanan terbabit sekali gus, perbuatan tersebut jelas telah melanggar garis panduan kebersihan dan keselamatan makanan.
Iklan
“Semakan mendapati lesen premis makanan kepada premis itu dikeluarkan pada April lalu.
"Pemilik mula memasukkan 23 ekor haiwan sejak Jun lalu, termasuk alpaka, kambing, itik, angsa, arnab dan kucing," katanya ketika ditemui selepas operasi serbuan itu di Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa di sini pada awal pagi Isnin.
Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Jelas Shadan, bahagian tingkat satu restoran itu diubah suai menjadi 'mini zoo' tanpa sebarang kebenaran, sebagai salah satu tarikan kepada pelanggan secara percuma.
Beberapa ekor kucing ditempatkan dibahagian pintu kaca di tingkat satu restoran mi segera itu.
“Tindakan ini kita ambil serta-merta dan dalam tempoh tujuh hari mereka wajib membersihkan premis serta mengeluarkan semua haiwan-haiwan itu dari premis berkenaan.
"Setakat ini, memang inilah kali pertama dalam kawasan majlis bandaraya ini restoran dijadikan mini zoo," ujarnya.
Sementara itu, tinjauan ketika operasi mendapati seekor alpaka ditempatkan dalam bilik berasingan, lebih 10 ekor kucing ditempatkan dalam ruang berpintu kaca, arnab di dalam sangkar, manakala angsa, itik dan kambing dibiarkan berkeliaran di tingkat atas.
Meskipun terdapat tingkap terbuka serta kipas dan penghawa dingin berfungsi, namun ruang berkenaan berbau menyengat dengan najis kambing dan air kencing haiwan bertaburan di lantai, menimbulkan suasana kotor serta menjijikkan.
Terdahulu tular di aplikasi TikTok video alpaka itu yang didakwa kesunyian malah ramai netizen turut meluahkan rasa kasihan melihat haiwan terbabit yang tidak ditempatkan dalam kawasan habitatnya.
Pemilik restoran (kanan) menerima dua kompaun daripada MBMB.
"Masa hari pertama kafe itu dibuka, ingat alpaka itu untuk tarikan awal sahaja..tapi makin lama, berbulan tengok alpaka itu berdiri, tidur baring dan kadang merenung ke luar..saya pelik dah..macam mana boleh lepas kafe ada binatang? tulis si Lemak Kental di ruang komen video tular itu.
"Yang lagi pelik macam mana awak semua boleh makan kat kafe ada haiwan macam ni? bau dia macam mana? tulis No Name.
Manakala Kim Feeq memberitahu"aku orang Melaka dan setiap malam lalu situ. Memang nampak alpaka ni sunyi. Dia berdiri je termenung. Dia kena balik habitat dia dan jumpa kawan-kawan dia semula.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.