Iktiraf Palestin: Titik tolak penting usaha antarabangsa cari penyelesaian lebih adil

Iklan
Tindakan mengiktiraf Palestin selepas lebih 100 tahun Deklarasi Balfour dilihat sebagai usaha 'membetulkan sejarah' serta mengembalikan kredibiliti diplomasi Britain di mata dunia.

PENGUMUMAN serentak kerajaan United Kingdom (UK), Kanada dan Australia yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat pada Ahad memberi kesan besar terhadap landskap diplomatik antarabangsa.

Langkah itu secara tidak langsung mengubah dinamik konflik Timur Tengah yang berlarutan lebih tujuh dekad.

Iklan
Iklan

Bagi UK khususnya, keputusan tersebut sarat nilai simbolik kerana negara itu pernah memegang mandat pentadbiran Palestin sebelum kewujudan Israel pada tahun 1948.

Tindakan mengiktiraf Palestin selepas lebih 100 tahun Deklarasi Balfour dilihat sebagai usaha 'membetulkan sejarah' serta mengembalikan kredibiliti diplomasi Britain di mata dunia.

Iklan

Keputusan tiga kuasa Barat itu juga dijangka meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel, terutama dalam isu operasi ketenteraan di Gaza, penempatan haram di Tebing Barat dan akses bantuan kemanusiaan.

Israel dalam responsnya menyuarakan bantahan keras dengan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai 'ganjaran kepada Hamas.'

Iklan

Namun bagi rakyat Palestin, pengiktirafan itu membawa sinar harapan baharu selepas sekian lama berdepan penindasan.

Ia memberi legitimasi tambahan terhadap perjuangan menubuhkan negara berdaulat, malah mampu memperkukuh kedudukan Palestin di pentas antarabangsa.

Walaupun pengiktirafan tersebut tidak serta-merta mengubah realiti di lapangan, ia merupakan titik tolak penting dalam usaha antarabangsa mencari penyelesaian lebih adil terhadap konflik yang berlaku di Gaza