Amaran hujan lebat, ribut petir di KL, tujuh negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur dan tujuh negeri hingga 9 malam Ahad. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan tujuh negeri sehingga 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.15 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Iklan
Iklan

Di Pahang pula dijangka membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Terengganu merangkumi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Amaran sama dijangka melanda Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Iklan
Iklan

Sementara itu, di Sabah keadaan sama melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), sementara di Sarawak membabitkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). - Bernama