Warga emas dikhuatiri lemas ketika bersihkan kipas bot

Iklan
Usaha mencari warga emas berkenaan diteruskan.

PONTIAN – Seorang warga emas dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut di jeti nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kechil di sini pada Ahad.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.02 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu bot aluminium dan dua kenderaan pacuan empat roda bersama 17 anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh lima kilometer.

Lokasi warga emas berkenaan dipercayai terjatuh.

Iklan

“Mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan sehingga kini termasuk dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Zon 3.

Iklan