Lubang benam: Jalan Burma di George Town tutup sementara

Iklan
Anggota warden trafik MBPP dan polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas. Foto Facebook MBPP

GEORGE TOWN - Jalan Burma di sini ditutup sementara pada Ahad susulan kejadian lubang benam berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang iaitu dari Komtar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma, bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilakukan.

Iklan
Iklan

Susulan itu, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh pembaikan.

Jalan Burma di George Town ditutup sementara pada Ahad kerana lubang benam. Foto Facebook MBPP

Iklan

"Anggota warden trafik MBPP dan polis turut ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas,” menurut MBPP menerusi hantaran Facebook.

MBPP menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan. - Bernama

Iklan