Hasrat Tang Jie-Ee Wei rangkul kejuaraan Masters China tidak kesampaian

Iklan
Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara Masters China.

IMPIAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk bergelar juara Masters China tidak kesampaian apabila tumbang di tangan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukro-Supissara Paewsampran dalam aksi final di Shenzhen pada Ahad

Turun dengan penuh keyakinan selepas dinobatkan juara dunia bulan lalu, pasangan negara jelas bergelut menyaingi tempo pantas dan permainan bertenaga lawan sebelum akur tewas 8-21, 17-21 dalam pertarungan dua set.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu sekali gus menafikan misi Tang Jie-Ee Wei untuk menjadi wakil negara yang pertama menang di Masters China sejak kejohanan tersebut diperkenalkan pada 2005 dengan edisi-edisi sebelum ini menyaksikan penguasaan penuh tuan rumah.

Pasangan negara di ranking ketiga dunia itu juga terpaksa akur menyaksikan rekod pertemuan mereka dengan pasangan Thailand itu kini dilebarkan kepada 4-1.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, sebagai naib juara, pasangan negara itu tetap membawa pulang ganjaran bernilai AS$43,750 (RM184,056) untuk menutup cabaran mereka di Masters China 2025.