Lelaki positif dadah dicekup curi kabel

Iklan
Suspek mempunyai empat rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di jalan raya di Sungai Tiram di sini pada Sabtu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan G Vikra Mathiththan@Victor, kejayaan itu susulan tindakan pantas seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang membuat laporan polis berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam turut mengesan video kejadian itu dalam tempoh 33 minit dan tular dalam media sosial. Hasil siasatan, pihak polis mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi pada Ahad di Sungai Tiram.

“Bertindak atas maklumat anggota IPD Seri Alam kemudiannya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang disyaki terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambahnya, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Iklan

“Siasatan dijalankan bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat selain tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.