21 motosikal hangus dalam kebakaran awal pagi di Jalan Transfer
Iklan
Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit bagi mengawal api daripada merebak.
GEORGE TOWN – Sebanyak 21 buah motosikal musnah dalam kebakaran melibatkan dua buah premis di Jalan Transfer di sini awal pagi Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit dan sebuah bengkel motosikal.
"Kedua-dua premis berkenaan mengalami kemusnahan dengan anggaran 40 peratus bagi kedai runcit dan 70 peratus bagi bengkel motosikal.
Iklan
"Kebakaran turut memusnahkan 21 buah motosikal dengan kadar kemusnahan dianggarkan 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Kebakaran turut memusnahkan 21 buah motosikal dengan kadar kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus
Iklan
John Sagun berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal api daripada merebak.
Tambahnya, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu oleh anggota dari BBP Bagan Jermal, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.
"Api berjaya dikawal pada jam 5.02 pagi dan operasi pemadaman sepenuhnya selesai pada jam 6.55 pagi.
"Operasi ditamatkan pada jam 7.57 pagi dan tiada mangsa terlibat kerana premis berkenaan tidak berpenghuni ketika kejadian," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>