Kampung Melayu tak perlu cop UNESCO
Iklan
Antara dua darjat. Pembangunan semula Kampong Bharu dikatakan akan jadi lebih sukar jika dimasukkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. - Gambar kecil dari kiri Kok Seong, Ahmad Murad.
SHAH ALAM – Cadangan menjadikan Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan kampung-kampung Melayu lain sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tidak perlu kerana ia boleh membawa implikasi besar terhadap masa depan bangsa Melayu, menurut dua tokoh akademik terkemuka negara.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican menegaskan pengiktirafan antarabangsa bukan keutamaan bagi orang Melayu sebagai peribumi di rantau ini.