KPDN tingkatkan pemantauan, penguatkuasaan terhadap pelaksanaan MySARA

Iklan
Fuziah

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) RM100 di beberapa premis perniagaan pada Sabtu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan integriti pasaran terjamin, harga barang kekal terkawal dan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Iklan
Iklan

“Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga ke atas barang keperluan pengguna terutamanya barangan asas, serahan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan dilaksanakan dan ini adalah bukti nyata kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar Fuziah, semua pihak agar terus memberikan kerjasama penuh dalam memastikan pelaksanaan MySARA berjalan lancar.

Iklan

“Kerajaan Madani sentiasa komited dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyatmelalui inisiatif seperti MySARA.

“Pada masa yang sama, orang ramai digesa agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aduan melalui talian rasmi KPDN seperti portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; pusat panggilan, 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar, Adu KPDN,” ujarnya.

Iklan

Menurutnya, beliau bersama pasukan Penguat Kuasa KPDN Sabah telah melaksanakan pemeriksaan dan advokasi ke atas beberapa premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan MySARA pada Sabtu.

“Langkah ini penting bagi menjamin rakyat, khususnya golongan B40, menerima manfaat penuh daripada bantuan ini, sekali gus mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan.

“Selain itu, pemeriksaan ke atas premis MySARA turut dilakukan secara berkala bagi memastikan tahap pematuhan sentiasa berada pada paras terbaik.

“KPDN juga mendapati bahawa tiada sebarang kenaikan harga dikenakan terhadap barangan MySARA dan pada masa sama bekalan barangan sentiasa mencukupi bagi keperluan rakyat di seluruh Sabah,” ujarnya.