KUANTAN – Kerajaan Pahang melancarkan Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang 2026 bagi memberi ruang kepada rakyat mengemukakan cadangan dalam belanjawan negeri yang akan dibentangkan hujung tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif yang dilancarkan itu bertujuan memastikan Belanjawan Negeri Pahang 2026 menepati keperluan rakyat serta membawa negeri ke arah yang lebih makmur dan sejahtera.