Pelancong Malaysia teroka destinasi baharu di selatan Thailand

Iklan
Ratusan ribu rakyat Malaysia dilaporkan berkunjung ke Thailand baru-baru ini. - Agensi

BANGKOK – Malaysia terus menjadi penyumbang utama ketibaan pelancong asing ke Thailand tahun ini, mengatasi pelawat dari China, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan negara itu.

Kebanyakan rakyat Malaysia memilih memasuki Thailand melalui pintu sempadan di Songkhla dan Narathiwat, dengan destinasi popular termasuk Hat Yai dan Sungai Golok.

Iklan
Iklan

Namun begitu, semakin ramai pelancong kini beralih kepada destinasi baharu seperti Air Terjun Khao Kram di Phatthalung yang menawarkan pengalaman menunggang kenderaan lasak (ATV) serta Satun yang terkenal dengan aktiviti berkayak menyusuri sungai.

Pengasas Persatuan Pemandu Pelancong Songkhla, Witthaya Lim berkata, trend perjalanan kini menunjukkan pelancong Malaysia lebih gemar melancong secara bebas tanpa bergantung kepada khidmat agensi pelancongan kerana kemudahan tempahan dalam talian.

Iklan

Sempena cuti panjang melibatkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September dan cuti persekolahan, pihak berkuasa menyatakan lebih 200,000 pelancong Malaysia membanjiri selatan Thailand sepanjang tempoh seminggu.

Timbalan Ketua Polis Pelancong Wilayah 7, Leftenan Kolonel Sakarin Anusamansakul berkata, jumlah itu telah melonjakkan aktiviti ekonomi setempat.

Iklan

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sitthipong Sitthiphataraprabha memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 60,000 rakyat Malaysia memilih Songkhla sebagai lokasi penginapan dengan perbelanjaan dianggarkan mencecah 300 juta baht (RM39.6 juta) sepanjang cuti tersebut.-Agensi