'Scammer' guna nama Exco tipu urusan RMMJ

Iklan
Mohd Jafni membuat laporan polis di IPD Kulai pada Jumaat.

KULAI – Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor membuat laporan polis berhubung penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan namanya bagi urusan permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Beliau menegaskan tiada orang tengah atau wakil peribadi dibenarkan dalam urusan RMMJ kerana semua permohonan hanya melalui sistem rasmi eRumah Johor.

Iklan
Iklan

"Selepas solat jumaat tadi, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berhubung kes penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan nama saya untuk urusan permohonan perumahan.

"Saya mengingatkan rakyat Johor supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan 'scammer' yang cuba memperdaya dengan menggunakan nama pemimpin atau program kerajaan atau logo kerajaan negeri," ujarnya dalam muat naik di Facebook rasminya pada Jumaat.

Iklan

Sebelum itu, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai mendedahkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan gambar dan nombor telefon atas nama Exco Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai.

Jelas beliau, tindakan itu adalah berbentuk satu penyamaran dan penipuan.

Iklan

"Pihak tidak bertanggungjawab ini turut menyebarkan pautan palsu kononnya untuk permohonan rumah PPR / Rumah Mampu Milik.

"Saya tegaskan, itu adalah 'scam'. Ia tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor atau Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor," ujarnya.

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) ialah skim perumahan kerajaan negeri untuk rakyat Johor yang layak, ditawarkan pada harga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000 mengikut kategori pendapatan isi rumah.