Subsidi petrol guna MyKad: 'Jadikan isu teknikal SARA sebagai pengajaran'

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Muhammad Zakwan

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menyokong penuh langkah kerajaan melaksanakan inisiatif pembelian petrol pada harga RM1.99 seliter menggunakan kad pengenalan.

Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, langkah itu dilihat mampu membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, selain membuktikan kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu memastikan segala kelengkapan, sistem dan mekanisme sokongan berada dalam keadaan bersiap siaga sebelum dasar itu dilaksanakan.

“Pengalaman sebelum ini seperti isu teknikal dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) perlu dijadikan pengajaran agar rakyat tidak berdepan kesulitan yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap dasar yang baik ini.

Iklan

“Kami yakin persiapan yang teliti dan menyeluruh akan membolehkan pelaksanaan ini berjalan dengan lancar, berkesan dan memberi manfaat besar kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Menurut beliau, dengan perancangan rapi, inisiatif itu bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan baik malah membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, subsidi bersasar RON95 dijangka dilaksanakan pada hujung bulan ini, selaras dengan janji Anwar.

Katanya, walaupun pelaksanaan mengambil sedikit masa, janji itu tetap ditunaikan sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat.