‘Bila ayah nak sihat, teringin bersiar-siar naik motosikal’
Iklan
Nur Raisya Amani yang mesra dipanggil Baby bermanja bersama Ahmad Mokhtar.
JEMPOL - Hati ibu mana yang tidak sedih mendengar luahan anak yang bertanya bilakah bapanya akan sihat kerana teringin menaiki motosikal dan bercuti bersama seperti keluarga lain.
Menurut Nor Aida Mohd Jailani, 42, suaminya, Ahmad Mokhtar Ibrahim, 44, terlantar sakit sejak 2017 ketika anak bongsunya, Nur Raisya Amani, 10, yang mesra dipanggil Baby baru berusia dua tahun.
Iklan
Iklan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, Nur Raisya Amani tidak pernah berpeluang merasai pengalaman dihantar ke sekolah atau bersiar-siar bersama bapa menyebabkan dia sering bertanya tentang kesihatan suaminya.
Nor Aida
Iklan
“Anak sulung dan kedua sempat merasa ayah hantar ke sekolah, keluar berjalan tapi Baby memang tak sempat. Dia selalu tanya bila boleh bercuti macam keluarga lain.
“Sejak suami sakit, saya habiskan masa menjaganya, manakala anak-anak kalau nak bercuti akan dibawa bersama ibu saudara mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Dua lagi cahaya mata pasangan itu ialah Nur Lailatul Husna, 14, dan Nur Kaleesya, 12.
Bercerita lanjut, Nor Aida berkata, suaminya terlantar selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah.
“Kemalangan berlaku berhampiran Beting kira-kira jam 6 petang apabila suaminya itu tiba-tiba jatuh ketika menunggang motosikal. Dia tidak mengalami luka teruk, cuma mungkin mengalami radang tulang menyebabkan keadaannya jadi begini.
“Lebih sebulan dia berada di hospital termasuk menjalani pembedahan tetapi tiada perubahan. Dia hanya boleh gerakkan tangan dan kaki tapi masih tidak mampu uruskan diri,” katanya yang kini tinggal bersama ibu mentua di Kampung Peladang, Serting Ilir.
Ahmad Mokhtar terlantar selepas kemalangan pada 2017.
Sebelum ini katanya, suaminya itu ada menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Pilah, namun terpaksa dihentikan kerana masalah pengangkutan.
Ujarnya, doktor ada mencadangkan pembedahan susulan bagi membetulkan tulang, namun keluarga menolak kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan tiada jaminan pulih.
Kini, keluarga itu bergantung kepada pencen ilat RM1,000 sebulan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 serta lampin pakai buang yang dibekalkan menerusi PERKESO.
“Anak sulung turut menerima biasiswa disebabkan prestasi akademik yang baik dan latar belakang kesihatan bapanya.
“Alhamdulillah, perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak masih dapat ditampung. Saya bersyukur keluarga banyak memberikan sokongan,” ujarnya.
Nor Aida berkata, walaupun ada masa dirinya berasa sedih kerana tidak dapat hidup seperti keluarga lain namun dia tetap reda dan menganggap ia sebagai ujian hidup.
“Anak bongsu yang paling banyak bersuara. Dia tak sempat merasa ayah hantar ke sekolah atau bawa berjalan-jalan macam kakak-kakaknya dulu.
“Kadang-kadang dia luah rasa teringin nak bercuti dengan mak dan ayah. Saya cuma harap suami kembali sihat supaya kami dapat peluang itu satu hari nanti,” katanya sebak.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 155023394223 atas nama Ahmad Mokhtar Ibrahim.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.