'Gaji umi RM600 sebulan, yuran pengajian pula hampir RM1,000'

Iklan
Arham (tiga dari kanan) hadir sendiri ke kediaman Zikrulaikha Alya dan ibunya di Kampung Kandis, Bachok menyerahkan surat tawaran pengajian. FOTO: UMK

BACHOK -"Gaji umi RM600 sebulan sedangkan yuran pengajian hampir RM1,000, saya tidak mampu."

Demikian perkongsian Zikrulaikha Alya Abdul Rahim, 20, yang hampir menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disebabkan kekangan kewangan.

Iklan
Iklan

Anak bongsu daripada tiga beradik itu merupakan atlet berbasikal di bawah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) dan akan mewakili pasukan Kelantan untuk acara berbasikal di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Selangor tahun hadapan.

Menurut Zikrulaikha Alya, memikirkan ibunya Ramlah Che Ahmad, 58, seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai tukang cuci serta masih perlu menyara seorang lagi abang di universiti, dia merasakan mustahil untuk menyediakan wang sebanyak itu.

Iklan

Zikrulaikha Alya (tengah) merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu merupakan atlet berbasikal dibawah MSN dan akan mewakili pasukan Kelantan untuk acara berbasikal di SUKMA 2026 yang berlangsung di Selangor tahun hadapan. FOTO: UMK

“Alhamdulillah berkat doa umi, saya berjaya juga melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), UMK Bachok untuk sesi 2025/2026 yang bermula pada Ahad ini.

Iklan

"Terima kasih UMK kerana mempermudahkan urusan saya dan keluarga, sehingga sekarang rasa macam tidak percaya impian ini akan menjadi kenyataan," katanya semasa menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian itu yang disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UMK, Prof Dr Arham Abdullah di kediamannya di Kampung Kandis di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Hirman Awang yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah KPT.

Zikrulaikha Alya menerima sumbangan Bantuan Awal Pendidikan berbentuk wang tunai RM1,000.

Menurut Arham, UMK melalui Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar (BKTP), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan termasuk bantuan awal yuran pengajian untuk semester pertama, bantuan komputer riba, sumbangan kit makanan dan lain-lain bantuan melalui program Cakna UMK.

Sehingga sekarang Zikrulaikha Alya seperti tidak percaya impian menyambung pengajian di UMK menjadi kenyataan. FOTO: UMK

Beliau memaklumkan, program UMK Cakna memfokuskan kepada pelajara baharu yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UMK menerusi UPU Online.

“Pada hari ini, UMK datang ke rumah keluarga Zikrulaikha Alya untuk menyerahkan surat tawaran bersertakan surat pengecualian bayaran yuran semester pertama.

“Selain itu, KPT juga ada menyediakan Program Pembangunan Siswa SULUNG dan bantuan awal pengajian melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) bagi pelajar yang memerlukan,” katanya.