Menangani kekeliruan dalam berpolitik
Iklan
Rakyat serta pemimpin perlu menghayati Politik Baharu berteraskan ilmu, hikmah dan bakti. Gambar hiasan
PADA minggu lalu, telah dibicarakan sejumlah kekeliruan dalam berpolitik yang perlu ditangani sebagai proses menghayati Politik Baharu. Di bawah ialah sambungan perbincangan tersebut:
• Tidak wujudnya sesuatu perkara dalam mana-mana perlembagaan tidak semestinya menjadikan perkara itu salah atau tidak berperlembagaan. Sebab itu perlembagaan sering dipinda bagi memasukkan perkara-perkara baru. Ada masanya, diwujudkan dokumen tertentu, contohnya, tentang idealisme perjuangan, yang duduk sebaris dengan perlembagaan, dan tidak berada dalam perlembagaan.