Wanita maut serangan jantung selepas 3 hari diganggu scammer

Iklan
Seorang bekas doktor berusia 76 tahun di Hyderabad, India diganggu selama tiga hari berturut-turut oleh scammer. Gambar Hiasan

HYDERABAD - Satu kes jenayah siber menggemparkan orang ramai setelah mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kejadian itu menimpa seorang bekas doktor berusia 76 tahun di Hyderabad, India yang diganggu selama tiga hari berturut-turut oleh scammer.

Iklan
Iklan

Menurut Times of India, scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa itu meminta 660,000 rupee (RM31,400) dan terus mengugutnya walaupun selepas mangsa sudah meninggal dunia.

Menurut polis, bekas pegawai perubatan di Mamidipudi Nagarjuna Area Hospital di Malakpet itu pertama kali dihubungi scammer tersebut menerusi panggilan video di WhatsApp pada 5 September lalu.

Iklan

Pemanggil turut menggunakan logo polis Bengaluru sebagai gambar profil dan menunjukkan dokumen palsu yang menuduhnya terlibat sindiket pemerdagangan manusia.

"Mangsa yang takut selepas diancam akan ditahan bertindak segera memindahkan wang seperti diminta scammer berkenaan. Gangguan itu berterusan selama hampir 70 jam hingga menyebabkannya berasa tertekan.

Iklan

"Wanita itu akhirnya jatuh pengsan di rumahnya setelah mengadu sakit dada. Dia sempat dibawa ke dua hospital, namun tidak dapat diselamatkan," menurut laporan media.

Difahamkan, keluarganya hanya mengetahui tentang gangguan itu selepas upacara pengebumiannya pada 9 September.

Lebih mengejutkan, scammer tersebut masih menghantar mesej 'selamat pagi' pada keesokan harinya.

Polis Jenayah Siber Hyderabad telah memfailkan kes itu dan penyiasat kini menjejaki nombor telefon dan akaun bank digunakan scammer berkenaan. - Agensi